Kelindan lori mengaku salah sebabkan kematian anak angkat

LocalPolitics
23 Apr 2026 • 11:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tertuduh dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis atas dua pertuduhan menyebabkan kematian dan mendatangkan kecederaan kepada anak angkatnya dalam kejadian pada 11 April lalu.
image is not available
​Mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin dan menetapkan 29 April ini sebagai tarikh hukuman.

​KUALA TERENGGANU - Seorang kelindan lori berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki pada 11 April lalu.

​Tertuduh, Muhammad Firdaus Zamri, 31, membuat pengakuan tersebut selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

​Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian ke atas Muhammad Adamdanial Abdul Khafidh, 4, dengan niat hendak menyebabkan suatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian.

​Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Banggol Katong di sini, kira-kira jam 6 petang pada 11 April 2026.

​Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

**media[3499633]**

​Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, Muhammad Firdaus didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap mangsa yang juga anak angkatnya dengan menggunakan sebatang rotan di lokasi dan masa yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

​Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

​Mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin dan menetapkan 29 April ini sebagai tarikh hukuman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved