
FILEM ikonik yang paling ditunggu-tunggu Keluang Man bersedia menemui penonton di 154 buah pawagam seluruh negar dan Brunei bermula 29 Mei ini.
Keluang Man mempersembahkan karya sinematik segar dan mengujakan sekaligus menjadikan filem berkenaan berbeza daripada superhero yang lain.
Antara yang menjadi kekuatan naskhah terbabit adalah watak utama iaitu Keluang Man yang memiliki karakternya yang ‘gila-gila’, bersahaja dan dipenuhi kejutan jenaka menghiburkan penonton.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Menguatkan lagi intensiti jalan cerita filem berdurasi 132 minit itu turut menggabungkan babak aksi mendebarkan, emosi dan elemen tempatan.

