Syafiq Yusof Puas Hati Dengan Keluang Man! Siap Puji & Bagi Rate 1000/10 - “Jujur Cakap Filem Ni Best Gila”

24 May 2025 • 10:58 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pengarah terkenal, Syafiq Yusof menyambut baik kehadiran filem superhero original pertama Malaysia, Keluang Man.
 

Puas hati naskhah Keluang Man

 


Malah, Syafiq juga tidak melepaskan peluang untuk menonton Keluang Man pada malam gala tayangan perdana filem tersebut.


 


Menurut Syafiq, dia amat berpuas hati dengan penghasilan naskhah Keluang Man selain memuji pengarah filem superhero ikonik negara itu iaitu Anwari Ashraf.


 

“Hadir ke tayangan perdana Keluang Man. Junir aku cakap filem best gila, komedi on point, teknikal mantap dan rasa puas. 
 
“Tahniah @anwariashraf dan team! Bukan mudah untuk hasilkan filem skala besar macam ni, jadi aku bagi rate 1000/10. Majulah Filem Malaysia!” tulisnya menerusi hantaran di Platform X.

 

Selain Syafiq, Keluang Man juga turut menerima sambutan baik daripada penonton yang sudah menonton filem itu pada malam yang sama.


 


Filem ‘live-action’ Keluang Man merupakan adaptasi daripada siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia. 


 


Filem ini diterbitkan oleh penerbit terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.


 


Menampilkan pelakon hebat Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin.


 


Keluang Man diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, penulis Kahar : Kapla High Council serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip. 


 


Naskhah ini menandakan kemunculan pertama Anwari sebagai pengarah filem.


 


Tiket filem Keluang Man sudah boleh dibeli bermula 21 Mei di pawagam seluruh negara. 
 
Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘ sneak preview’ pada 28 Mei, iaitu satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.


 


Ikuti siri jelajah Keluang Man pada 31 Mei di Johor, 1 Jun di Melaka, 6, 7, 8 Jun di Perak, Penang, Kedah, 13, 14, 15 Jun di Terengganu dan Pahang, 20, 21, 22 Jun di Klang Valley.


 

@astroshawofficial

❗️KELUANG MAN FINAL TRAILER | DI PAWAGAM 29 MEI 2025❗️ Superhero OG Malaysia dah kembali untuk bawakan Final Trailer Filem Keluang Man! JOM sama-sama KITA ENJOi!!! KITA ENJOi!!! Keluang Man di pawagam 29 Mei ini. #KeluangMan #KeluangManFilm #AstroShaw #WONDACoffee #KeluangManWondaCoffee

♬ original sound - Astro Shaw

Pelbagai kolaborasi kreatif dilakukan bagi memberikan pengalaman superhero original pertama Malaysia melangkaui layar. 


 


Antaranya kolaborasi’ Wonda Kopi Kluang’, ‘Wonda-ful Keluang Man Burger’, ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, ‘Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor’, ‘Keluang Man dan Fung Keong’, ‘Keluang Man dan Abstrax’.


 


Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di platform media sosial TikTok, Instagram, X, Facebook


akaun Astro Shaw dan Astro Gempak. 


 


Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.


 


Sinopsis:


 


Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit di Hospital Tumpoi sering melarikan diri dari hospital di malam hari. 


 


Apabila sejarah lamanya menghantui, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula berniat membalas dendam, dan tanpa sengaja, Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.