Keluar Atau Tidak? Gol Kontroversi Jepun Ranapkan Impian Jerman Ke Pusingan 16 Terbaik

2 Dec 2022 • 10:49 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kempen Piala Dunia 2022 kini dilihat semakin genting buat setiap pasukan selepas mereka perlu mempamerkan aksi yang terbaik bagi memastikan pasukan mereka layak ke pusingan 16 terbaik.

Antara kumpulan yang mencuri tumpuan malam tadi ialah pertembungan di antara kesemua empat pasukan di kumpulan E selepas keempat-empat pasukan termasuklah Jerman dan Costa Rica masih mempunyai peluang untuk layak ke pusing seterusnya.

Gol kontroversi Jepun ‘tendang’ Jerman keluar daripada Piala Dunia

Meskipun menang dengan jaringan 4-2 ke atas Costa Rica awal pagi tadi, Jerman terpaksa akur tersingkir daripada kempen Piala Dunia kali ini selepas pasukan Jepun sekali lagi membuat kejutan dengan menewaskan pasukan Sepanyol dengan jaringan 2-1.

image is not available

Walau bagaimanapun, kemenangan pasukan Jepun ke atas Sepanyol itu dihimpit dengan kontroversi selepas jaringan kedua daripada Ao Tanaka yang menerima hantaran daripada Kaoru Mitoma yang dikatakan telah pun terkeluar daripada garisan.

Perkara itu menjadi bualan ramai sehinggakan lagenda bola sepak Sepanyol, Gaizka Mendieta turut mempersoalkan jaringan daripada skuad Samurai Biru itu.

Namun begitu, FIFA masih belum memberikan sebarang respon mahu pun maklum balas mengenai jaringan kontroversi tersebut.

Untuk info, ini merupakan kali kedua berturut-turut pasukan Jerman terkandas di peringkat kumpulan selepas Piala Dunia edisi 2018 yang lalu.

Kredit: YouTube Stadium Astro | Twitter Gaizka Mendieta

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved