Keluar Makan Bersama V BTS, Gosip Perpisahan IU & Lee Jongsuk Ditepis

EntertainmentLifestyle
21 May 2025 • 10:11 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak semena-mena, timbul khabar angin mengenai perpisahan IU dan Lee Jong-suk.

Terbaru, satu sumber terdekat menafikan dakwaan itu dan berkata,

Kedua-dua mereka masih berhubungan dengan baik.

Sebelum ini, satu gambar tersebar di komuniti dalam talian yang menunjukkan IU makan bersama V dan chef Ahn Sung-jae di restoran Mosu sempena hari lahirnya. Beberapa netizen mula mempersoalkan kenapa IU bertemu dengan V dan bukannya teman lelakinya, Lee Jong-suk, pada hari lahirnya. Malah, dalam gambar yang dikongsi IU di media sosial pada hari tersebut, kelihatan rakan-rakannya seperti Kang Han-na dan Lee Joo-young, tetapi tiada kelibat Lee Jong-suk lantas menyebabkan spekulasi perpisahan timbul.

image is not available

Namun, majlis tersebut sebenarnya merupakan perjumpaan mesra antara kru dan kenalan yang terlibat dalam projek IU tahun lalu, “Love Wins All.” V turut hadir sebagai kenalan yang pernah bekerjasama dalam muzik video IU.

IU dan Lee Jong-suk secara terbuka mengesahkan hubungan mereka pada Disember 2022. Pelakon lelaki itu pernah menyuarakan rasa sayangnya terhadap IU di sebuah majlis anugerah hujung tahun, dan mereka mengumumkan bahawa mereka adalah pasangan kekasih. Namun, seperti kebanyakan hubungan selebriti terkenal, mereka cuba menjaga privasi yang sering mencetuskan khabar angin.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.