Keluar ‘Teaser’, Rainforest World Music Festival Kembali Lagi! Bakal Diadakan Bulan Jun Ini

11 Jan 2023 • 2:17 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Keluar ‘Teaser’, Rainforest World Music Festival Kembali Lagi! Bakal Diadakan Bulan Jun Ini. Salah satu acara tahunan yang terbesar di Sarawak kini kembali lagi! Tahun lepas acara Rainforest World Music Festival ini dilancarkan hybrid iaitu secara fizikal dan juga siaran langsung melalui platform.

Menerusi perkongsian di Facebook, Rainforest World Music Festival telah memuat naik satu poster bahawa acara yang terkemuka di Sarawak ini bakal diadakan kembali pada tahun ini (2023) bermula pada 23 hingga 25 Jun 2023 ini.

image is not available
Keluar ‘Teaser’, Rainforest World Music Festival Kembali Lagi! Bakal Diadakan Bulan Jun Ini

Tempat juga masih belum diumumkan oleh pihak RWMF

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai pengguna Facebook dan juga menjadi bualan ramai terutamanya bagi mereka yang pernah berkunjung ke RWMF pada tahun lepas. Ada yang yang tidak sabar untuk mengetahui barisan artis-artis yang bakal berentap di pentas tersebut.

Tarikh festival tersebut juga telah tertera di laman web rasmi Rainforest World Music Festival. Selama tiga hari, pengunjung yang hadir telah menikmati muzik dan aktiviti menarik di festival muzik yang terkenal ini. Walau bagaimana pun, pada masa penulisan ini, pembelian tiket masih tidak tersedia.

image is not available
Kredit gambar: Twitter

Untuk butiran lanjut, sila layari laman web rasmi Rainfest di rwmf.net untuk maklumat terkini.

Tahukah anda, bahawa hari ini terdapat satu Food Festival menarik yang berlangsung di Kuching: