Keluarga Allahyarham Datuk Seri Johari Ingin Ambil Tindakan Susulan Nahas Pesawat Di Elmina

Entertainment
19 Aug 2024 • 12:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

17 Ogos tahun lalu merupakan satu detik hitam buat rakyat Malaysia di mana terdapat tragedi nahas kapal terbang di Elmina City, Shah Alam.

Turut terkorban dalam tragedi itu ialah bekas Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

image is not available

Allahyarham ketika itu memegang portfolio Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pelangai dan terdapat 9 orang lain termasuk juruterbang yang turut terkorban dalam kejadian itu.

Terbaru, keluarga Allahyarham Datuk Seri Johari bercadang untuk mengambil tindakan terhadap pengendali syarikat pesawat yang terhempas itu, anak Allahyarham, Muhammad Shafieq Hafizilman Johari berkata, tindakan itu akan diambil selepas hasil laporan akhir dikeluarkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

“Pihak keluarga mungkin akan ambil tindakan terhadap pengendali syarikat terbabit.

Difahamkan ada waris mangsa yang lain akan buat tindakan sama, cuma menunggu masa,” katanya.

Menurut laporan Astro AWANI, mereka sekeluarga menerima dengan hati terbuka dan reda walaupun mengakui masih terkejut dengan hasil laporan yang dikeluarkan oleh biro terbabit.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.