Keluarga Dakwa Ada Unsur Jenayah, Misteri Mayat Lelaki Australia ‘Hilang’ Jantung Di Bali

Entertainment
24 Sep 2025 • 4:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pegawai Australia dilaporkan menuntut penjelasan daripada pihak berkuasa Indonesia selepas mayat seorang pemuda yang meninggal dunia di Bali dihantar pulang tanpa organ jantung.

Mangsa, Byron Haddow yang berusia 23 tahun berasal dari Queensland itu, ditemukan tidak bernyawa di kolam renang villa yang disewanya ketika bercuti di Bali pada tahun 2025.

image is not available

Empat minggu kemudian, mayatnya dibawa pulang ke Australia, namun bedah siasat kedua mendedahkan ketiadaan jantung.

Jurucakap Kementerian Luar Australia mengesahkan pihaknya memberi bantuan konsular kepada keluarga mendiang tetapi enggan mengulas lanjut atas faktor privasi.

“Ketika saya rasa sudah cukup menanggung kehilangan, muncul pula dugaan baharu. Saya percaya ada unsur jenayah dan yakin sesuatu berlaku kepadanya sebelum dia ditemui di kolam,” kata seorang ahli keluarga.

Susulan itu, pegawai kanan Australia di Bali dan Jakarta membuat aduan rasmi kepada kerajaan Indonesia, Konsulat Jeneral Australia di Bali turut memanjangkan kebimbangan keluarga kepada hospital terbabit.

Namun, doktor forensik yang melakukan bedah siasat asal, Dr Nola Margaret Gunawan, menafikan wujud salah laku. Beliau menjelaskan jantung disimpan bagi tujuan ujian forensik dan sudah memberi penjelasan kepada keluarga.

 

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.