Keluarga Ini Dikecam Lepas Berkelah Di Lapangan Terbang, Siap Bentang Tikar Macam Tepi Pantai

Entertainment
4 Sep 2022 • 1:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menunggu pesawat di lapangan terbang kadangkala boleh jadi memenatkan. Itu belum dicampur dengan waktu pelepasan pesawat yang ditangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Namun, lain pula ceritanya buat sebuah keluarga ini yang berkelah di ruangan menunggu lapangan terbang.

Berkelah di lapangan terbang

Menerusi satu video TikTok yang dikongsikan oleh seorang individu, dia menunjukkan video ahli keluarganya seolah-olah sedang berkelah di ruangan menunggu lapangan terbang. Seperti berada di tepi pantai, video tersebut memperlihatkan mereka membentangkan tikar dan duduk beramai-ramai di atas lantai.

image is not available

image is not available

Turut kelihatan mereka menghidangkan nasi dalam periuk, di samping ada lauk-pauk pelbagai aneka untuk dijamah beramai-ramai. Video yang memaparkan situasi seolah-olah sedang berkelah ini ternyata mendapat perhatian ramai warganet.

Tiada yang tegur ke?

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet kurang bersetuju dengan tindakan keluarga ini yang berkelah di ruangan menunggu lapangan terbang. Jelas mereka, ini akan membuatkan orang di sekitar berasa tidak selesa.

Ada juga warganet mempersoalkan mengapa tiada pengawal keselamatan yang menegur keluarga ini yang berkemungkinan akan mengganggu orang awam. Walhal, rata-rata lapangan terbang mempunyai medan selera dengan ruang yang luas.

“Keluarga yang berpegang pada ‘kami tak kacau duit sesiapa’,” tulis seorang individu.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.