Keluarga Mangsa Kemalangan Honda Jazz Akan Tuntut Keadilan

LocalCars
11 Mar 2025 • 10:44 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
honda jazz

Pemergian Aisar Azim Abdullah, 17, mangsa ketiga akibat dirempuh Honda Jazz di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights memang meruntun jiwa.

Ibunya, Nurha’afza Salwa Hazizan, 41, nekad menuntut keadilan walaupun reda dengan takdir. Lebih menyentuh hati, ada peguam yang sudi tawarkan khidmat percuma untuk bantu keluarganya.

Kami akan ambil tindakan, lawan sehabis mungkin.- Katanya.

Aisar menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.23 malam selepas empat hari bertarung nyawa di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Jenazahnya selamat dikebumikan bersebelahan dua rakannya yang turut terkorban.

Doa terakhir seorang ibu…

image is not available

Sebelum doktor mencabut mesin oksigen, Nurha’afza sempat menghalalkan makan minum dan ampunkan dosa anak ketiganya itu. Lebih menyayat hati, wajah Aisar kelihatan tenang seperti sedang tidur walaupun terdapat kesan calar.

Arwah seolah sedang tidur, wajah dia tenang dan bersih.- Luahnya dengan pilu.

Abang kongsi kenangan terakhir bersama alang…

image is not available

Abangnya, Mohamad Aiman Abdullah, 20, berkongsi yang Aisar sempat beritahu tak mahu beli baju raya tahun ini dan hanya mahu duduk di rumah.

Alang minta saya beli baju raya sendiri, pergi beraya sendiri.- Kongsinya.

Nahas Honda Jazz, rakyat Malaysia mahukan keadilan…

image is not available

Kemalangan berlaku sekitar jam 8.30 malam. Aisar yang menaiki motosikal Honda Vario bersama seorang remaja lelaki, manakala dua lagi rakannya menaiki Modenas Kriss.

Tragedi ini bukan sahaja meragut nyawa, malah tinggalkan kesan mendalam buat keluarga dan masyarakat setempat.

#ApaKataOhmedia

Tragedi ini memang meruntun jiwa. Semoga pihak berkuasa dapat jalankan siasatan dengan adil dan telus. Buat keluarga Aisar, semoga terus kuat dan tabah. Al-Fatihah buat arwah.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


The post

appeared first on

.