Nahas Dirempuh Honda Jazz: Mangsa Ketiga Maut Selamat Dikebumikan

LocalCars
11 Mar 2025 • 9:35 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Mangsa ketiga yang meninggal dunia akibat nahas dirempuh Honda Jazz di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Persiaran Senawang 1, Seremban pada Khamis lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Maqbarak Salimah, Taman Zaitun Indah, Sikamat malam tadi.

Nahas dirempuh Honda Jazz

image is not available

Foto: Tengku Zamrah Tengku Sulaiman

Menurut laporan Berita Harian, selepas lima hari bertarung nyawa, Aisar Azim Abdullah, 17, disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) pada 7.23 malam tadi.

image is not available

Foto: Media sosial

Terdahulu, media melaporkan sebuah kereta Honda Jazz dipandu seorang lelaki berusia 18 tahun yang tidak mempunyai lesen memandu dipercayai gagal berhenti di lampu isyarat merah sebelum merempuh dua motosikal di lokasi terbabit.

Mangsa yang meninggal dunia malam tadi adalah penunggang motosikal Honda Vario, dibonceng rakan lelakinya berusia 13 tahun yang cedera.

Manakala penunggang dan pembonceng motosikal Modenas Kriss, masing-masing berusia 15 dan 16 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

image is not available

Foto: Media sosial

Pemandu dan penumpang Honda Jazz pula dilaporkan cedera parah.

Sumber: Berita Harian (Ahmad Hasbi)