Keluarga Mangsa Nahas UPSI Diuji Apabila Scammer Ubah Butiran Bank Ke Akaun Peribadi

Entertainment
16 Jun 2025 • 4:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Belum reda rasa duka kehilangan anak sulung, keluarga mangsa nahas bas persiaran di Gerik yang meragut 15 nyawa pelajar UPSI diuji lagi apabila ahli keluarga kepada mangsa, Fatin Nasrien diuji dengan sikap tak bertanggungjawab individu yang cuba ambil kesempatan terhadap mereka.

Difahamkan, individu tersebut menukar maklumat akaun bank derma yang sepatutnya disalurkan kepada ahli keluarga kepada akaun milik peribadi si scammer ini.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebgaai Ahmad Nazrul, individu yang banyak terlibat dalaam urusan membantu pelajar UPSI dari awal hingga akhir. Oleh itu, dia menggesa orang ramai untuk menyalurkan bantuan di saluran yang tepat di mana yang tertera nama ibu bapa arwah sahaja.

“Akaun bank ibu Allayarham Fatin telah dibekukan. Pihak keluarga akan ke bank untuk menyelesaikan isu ini dengan segera. Mohon bersabar ye semua. Terima kasih.”

Sebelum ini tular kisah mengenai kisah Fatin Nasrien, apabila bapanya, Fadli Abdul Rahman, 50 dari Kampung Kerandang, Besut dikatakan sanggup meminjam kereta ketua kampung untuk melihat jenazah anak mereka di Ipoh selepas mendapat tahu berita bas yang dinaiki anaknya itu terlibat dalam kemalangan.

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.