Keluarga nyaris rentung susulan rumah terbakar terima bantuan LZS

22 Sep 2022 • 10:49 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 22 SEPT: Sebuah keluarga yang terjejas susulan kediaman mereka di Kampung Batu 38 Baroh, Sabak Bernam terbakar menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), semalam.

Agensi berharap bantuan berkenaan dapat meringankan beban keluarga Nur Atiqah selain mendoakan mereka sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian ini.

“LZS bersama penolong amil kariah telah hadir bagi menyalurkan bantuan kepada beliau. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan dan terima kasih kepada pengeluar zakat,” katanya di Facebook.

image is not available
Keadaan rumah Nur Atiqah di Kampung Batu 38 Baroh, Sabak Bernam yang musnah terbakar dalam kenjadian pada 19 September 2022. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor

Media sebelum ini melaporkan tiga beranak yang sedang menonton televisyen nyaris rentung apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran.

Kejadian jam 8.40 malam itu berlaku ketika wanita berusia 24 tahun dan dua anaknya berusia empat dan enam tahun berada di tingkat bawah rumah dua tingkat tersebut.

Mereka bagaimanapun terselamat selepas berjaya keluar sehelai sepinggang dari rumah berstruktur kayu berkenaan.