Keluarga Pelajar Dit*kam Tiba Di Jabatan Forensik PPUM

14 Oct 2025 • 9:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga kepada pelajar perempuan yang meninggal dunia akibat ditikam junior sekolah dilihat hadir Jabatan Patologi Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) petang ini.

Menurut sumber, mereka hadir sejak jam 2 petang untuk menunggu proses bedah siasat. Malah, media mengatakan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk menghampiri kawasan forensik dengan kawalan anggota polis di laluan keluar masuk.

Mayat mangsa telah dibawa ke PPUM bagi tujuan bedah siasat, bagaimanapun masih belum diketahui mengenai proses perkembangan tersebut.

Bagaimanapun, keluarga mangsa dilihat meninggalkan jabatan forensik sekitar jam 4.15 petang tadi.

image is not available

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan bahawa polis telah merampas dua bilah senjata tajam yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian yang berlaku di sekitar jam 9.10 pagi di sebuah sekolah menengah di kawasan Petaling Jaya.

Sumber : Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.