“Keluarga Saya..” – Rosé Dikritik Kerana Sengaja Kecualikan Jisoo Sebagai Ahli BLACKPINK Di Met Gala?

EntertainmentLifestyle
7 May 2025 • 12:15 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Mesti ramai yang teruja kan lihat penampilan 3 ahli BLACKPINK di Met Gala?

Semalam, Jennie, Rosé dan Lisa telah menghadiri acara fesyen paling berprestij iaitu Met Gala, yang diadakan di bandar New York.

Selepas menghiasi karpet merah, mereka juga sempat ditemu bual bagi menjawab beberapa soalan. Khususnya ketika giliran Rosé, seorang hos bertanya kepadanya,

Seluruh kumpulan BLACKPINK ada di sini malam ini. Macam mana perasaan awak?

Jawab penyanyi “APT.” itu,

Ia adalah perasaan terbaik yang saya pernah rasa. Dulu saya datang ke sini bersendirian jadi saya sangat teruja untuk bertemu dengan ahli saya. Saya baru je berjumpa mereka di studio di Korea, jadi sangat seronok untuk mempunyai keluarga di sini.

@bxrnpynk no, ALL of Balckpink wasn’t at the Met Gala, there was 3 out of 4. #MetGala#Blackpink#foryou#fyp#Jennie#Jisoo#Rosé#Lisa ♬ suono originale – ⋆°. ִ✧˚.

Mendengar respon Rosé, beberapa peminat mula mengkritiknya kerana dia sepertinya bersetuju dengan kenyataan hos yang mengatakan bahawa semua ahli BLACKPINK ada di sana, meskipun Ji-soo tidak hadir.

Pun begitu, ada juga yang tampil mempertahankannya dan menjelaskan bahawa sesi wawancara di Met Gala sangat terhad, meninggalkan sedikit masa untuk Rosé memberikan penjelasan.

Hmm pulak dah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.