Keluarga Teoh Beng Hock Tolak Permohonan Maaf SPRM, Tuntut Keadilan Bukan Pampasan

LocalPolitics
16 Jul 2025 • 9:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selepas 16 tahun insiden tragis menimpa mendiang Teoh Beng Hock, keluarganya menolak permohonan maaf yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menegaskan tuntutan utama mereka adalah keadilan, bukan wang pampasan.

Keluarga Teoh Beng Hock anggap permohonan maaf hanya undang rasa sedih

Memetik laporan daripada Buletin TV3, adik mendiang, Teoh Lee Lan menyatakan permohonan maaf yang dibuat SPRM sempena ulang tahun insiden itu hanya mengundang rasa sedih buat keluarga mereka.

“Keluarga kami sangat sedih dengan permohonan maaf itu.
“Kami juga tidak mahu wang pampasan tetapi keadilan,”
katanya dalam sidang media yang diadakan hari ini.

image is not available

SPRM anggap kematian Teoh Beng Hock 1 insiden hitam

Sebelum ini, SPRM dalam kenyataannya menyifatkan kejadian kematian Beng Hock sebagai satu “insiden hitam” yang memberi kesan besar kepada institusi itu dan menyatakan ia menjadi titik tolak kepada beberapa langkah penambahbaikan dalaman.

SPRM juga memaklumkan rancangan untuk menghulurkan sumbangan kebajikan dan pendidikan kepada keluarga mendiang, sebagai tanda ihsan.

image is not available

Keluarga mahu pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan

Namun bagi keluarga Beng Hock, langkah itu tidak mencukup dan mereka mahu pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan, bukan hanya diberi janji dan bayaran ihsan.

image is not available

Pada 16 Julai 2009, Teoh Beng Hock yang ketika itu setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor telah ditemui meninggal dunia di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama.

Sehingga kini, insiden itu kekal sebagai titik persoalan besar dalam sejarah keadilan negara, namun bagi keluarga Beng Hock, perjuangan mereka belum selesai.

Sumber: Buletin TV3 (Douglas Elliot David)