Keluarga tidak tahu mengenai dakwaan anak peluk Islam - Peguam

LocalPolitics
3 Mar 2026 • 12:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
K Selvanathan (kanan) bersama Muhammad Amirul Afiqq berbincang selepas selesai prosiding pertuduhan kes anaknya di Mahkamah Kuantan pada Selasa.

KUANTAN - Bapa kepada penuntut yang dituduh memijak al-Quran tidak mengetahui tentang status agama anaknya yang dikatakan telah memeluk Islam pada 25 April tahun lalu.

Peguam kepada penuntut itu, Muhammad Amirull Afiqq Mohamad Lokman menjelaskan, bapa tertuduh, K Selvanathan tidak dimaklumkan mengenai sebarang proses pengislaman anaknya dan enggan mengulas lanjut.

“Kalau tanya dia akan jawab ‘no komen’... bapa dia pun tidak tahu mengenai (dakwaan) anaknya peluk Islam,” katanya ketika ditemui di pintu Mahkamah Kuantan di sini pada Selasa.

Terdahulu, isu status agama K Vikneswaran, 21, itu mula menjadi perhatian selepas Firdaus mendakwa lelaki berkenaan pernah melafazkan syahadah di hadapannya pada 25 April tahun lalu.

Menurutnya, lelaki terbabit sebelum ini berhubung dengannya melalui Instagram dan bersungguh-sungguh meminta dibimbing untuk memeluk Islam.

Terdahulu, Vikneswaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan atas dua pertuduhan berkaitan mencemar al-Quran dan membuat hantaran komunikasi jelik melampau menerusi media sosial.

Pada 25 Februari lalu, penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) itu ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di laman sosial.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved