Bapa Tak Tahu Yang Pelajar P*jak Al-Quran Dah Peluk Islam

LocalPolitics
3 Mar 2026 • 3:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Bapa kepada pelajar yang dibicarakan atas kesalahannya memijak kitab suci al-Quran tidak tahu menahu mengenai status agama anaknya yang dikatakan sudah memeluk Islam pada 25 April tahun lalu.

Ia dimaklumkan oleh peguam tertuduh, Muhammad Amirull Afiqq Mohammad Lokman ketika ditemui di media Kompleks Mahkamah Kuantan pada Selasa.

Artikel berkaitan: Pelajar IPT Mengaku Tak Bersalah P*jak Al-Quran, Lakukan Hantaran Komunikasi Jelik

Artikel berkaitan: “I want to receive a hidayah” – Firdaus Wong Dedah Perbualan Dengan Individu P*jak Quran, Mula Mesej Sejak 2024

Jelasnya, bapa kepada tertuduh S Vikneswaran, 21, iaitu K Selvanathan tidak pernah mendapat sebarang info tentang proses pengislaman anaknya.

“Kalau tanya, dia akan jawab no komen… bapa dia pun tidak tahu mengenai (dakwaan) anaknya peluk Islam.”

Isu status agama tentang pelajar UMPSA itu jadi perhatian selepas pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa pemuda itu pernah melafazkan dua kalimah syahadah di hadapannya pada tarikh tersebut.

image is not available

Menurut Firdaus Wong, pendedahan itu dibuat pada Isnin dengan pemuda terbabit pernah menghubunginya menerusi Instagram dan menunjukkan kesungguhan untuk memeluk Islam dengan meminta bimbingan.

Sebelum ini, Vikneswaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan atas 2 jenis pertuduhan berkaitan mencemarkan al-Quran serta membuat hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial. Dia ditahan pada 25 Februari lalu bagi membantu siasatan disyaki menghina Islam di laman sosial.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.