
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kes kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Tun Datu Mustapha, Limauan, Kinarut, Sabah, Zara Qairina Mahathir masih hangat lagi diperkatakan hingga kini.
Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan selain menunggu keputusan bedah siasat Allahyarhamah yang dipercayai mengambil masa dalam tempoh dua bulan.
Namun, masih timbul dakwaan atau kenyataan pihak tertentu sepanjang siasatan terbabit yang dilihat boleh mengguris hati keluarga Zara Qairina.
Minta Pihak Hospital Pantau Staf Beri Ulasan Awal Tentang Punca Kematian Zara
Terbaharu, ahli keluarga mangsa dikatakan bakal menyaman seorang doktor perubatan yang didakwa membuat kenyataan yang mengguris hati mereka.
Menerusi hantaran yang tular, doktor perubatan tersebut menyebut perkataan ‘Memang Zara Qairina terjun sendiri’ sebelum kenyataan itu disunting.

Kenyataan itu nyata mendapat perhatian ahli keluarga mangsa sehingga ada pengguna Facebook memuat naik hantaran meminta Pengarah Hospital memantau staf yang memberi ulasan awal mengenai punca kematian Zara.
Jelasnya, pihak keluarga hanya mahu kenyataan dibuat selepas siasatan forensik telah lengkap dan bukanlah andaian yang boleh mengelirukan orang ramai.
Mohon Pengarah Hospital Queen Elizabeth pantau dan beri peringatan kepada staf yang membuat ulasan awal berkaitan punca…
Posted by Syira Leizel Janice Abdullah on Wednesday 13 August 2025
Ahli Keluarga Zara Qairina Didakwa Bakal Saman Doktor, Keluar Kenyataan Mengguris Hati
Menerusi hantaran yang dibuat oleh aktivis dan bekas guru, Mohd Fadhli Salleh, dia memaklumkan keluarga Zara Qairina akan menyaman seorang doktor.
“Pihak keluarga arwah adik Zara dikatakan akan menyaman seorang doktor yang menulis adik Zara sah ‘terjun sendiri’.”
Bukan itu sahaja, dia turut meminta orang ramai agar tidak gopoh dalam membuat rumusan yang boleh menyebabkan banyak pihak terasa.
Pihak keluarga arwah adik Zara dikatakan akan menyaman seorang Dr yang menulis adik Zara sah ‘Terjun sendiri’. Jangan gopoh buat rumusan kawan-kawan. Banyak pihak terasa. Tunggu ja laporan lengkap nanti.
Posted by Mohd Fadli Salleh on Wednesday 13 August 2025
Perkara sama turut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebbok, Ameer Hamzah yang banyak berkongsi tentang kes kematian Zara.
Dia mendakwa satu surat saman akan dibuat oleh ahli keluarga mangsa.
1 SURAT SAMAN AKAN DIBUAT OLEH PIHAK AHLI KELUARGA ZARA DI SABAH TERHADAP DOKTOR YANG MENULIS ADIK ZARA ‘TERJUN SENDIRI’ #JusticeForZara
Posted by Ameer Hamzah on Wednesday 13 August 2025
Difahamkan, hantaran yang dibuat oleh doktor berkenaan adalah berdasarkan penilaiannya terhadap sidang media yang dibuat oleh Pengarah JSJ Bukit Aman pada 13 Ogos lalu.
Malah menerusi ruangan komen, ramai pengguna yang turut mempersoalkan kenyataan doktor perubatan terbabit walhal siasatan masih sedang dijalankan.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Kematian Zara Qairina: Mustapha Sakmud Nafi Fitnah Kaitkan Isteri
Baca Artikel Berkaitan: Kes Zara Qairina: Hasil Bedah Siasat 2 Bulan Terlalu Lama – Ketua UMNO Bahagian Subang
Baca Artikel Berkaitan: Mahu Bendung Gejala Buli, KPM Arah Sekolah Laksanakan Laungan ‘Kami Benci Buli’
Source:



