Keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang mesti dipertahan - Agong

LocalPolitics
9 Jan 2026 • 12:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 9 JAN: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah dua aspek dalam Rukun Negara iaitu keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang mesti sentiasa dipelihara serta dipertahankan.

Seri Paduka Baginda menegaskan kedua-dua aspek dalam Rukun Negara itu amat penting kerana memberi kesan secara langsung terhadap tahap kepercayaan rakyat kepada integriti institusi pemerintahan dan pentadbiran negara.

“Rakyat berhak untuk berasa kecewa apabila pihak berkuasa didapati menyalahgunakan kedudukan dan berasuah,” titah Seri Paduka Baginda menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,

Titah berkenaan dizahirkan ketika Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Sri Azalina Othman Said di ibu negara hari ini.

Pada pertemuan itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai isu-isu semasa mengenai perundangan dalam negara selain usaha pengukuhan tatakelola serta pelaksanaan reformasi institusi ke arah memerangi rasuah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved