Rakyat berhak kecewa jika pihak berkuasa salah guna kedudukan, rasuah -Agong

LocalPolitics
9 Jan 2026 • 3:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa rakyat berhak berasa kecewa sekiranya pihak berkuasa didapati menyalahgunakan kedudukan dan terlibat dalam perbuatan rasuah kerana ia memberi kesan besar terhadap kepercayaan kepada institusi negara.

image is not available

Rakyat berhak kecewa atas salah guna kuasa pihak atasan

Titah tersebut dizahirkan ketika Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, yang mempersembahkan taklimat berkaitan isu perundangan semasa, termasuk usaha pengukuhan tatakelola dan reformasi institusi bagi memerangi rasuah.

image is not available

Rakyat berhak kecewa, Agong titah pelihata 2 aspek Rukun Negara

Sultan Ibrahim turut menegaskan bahawa keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang perlu sentiasa dipelihara dan dipertahankan demi kestabilan negara.

“Rakyat berhak untuk berasa kecewa apabila pihak berkuasa didapati menyalahgunakan kedudukan dan berasuah.”
“Pemeliharaan dua aspek Rukun Negara itu amat penting kerana ia memberi kesan secara langsung ke atas tahap kepercayaan rakyat kepada integriti institusi pemerintahan dan pentadbiran negara,” titah Seri Paduka Baginda seperti dikongsikan menerusi laman sosial Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

image is not available

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar