Kelulusan ‘bunkering’ dipercepatkan

LocalBusiness & Finance
29 Sep 2026 • 3:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kelulusan ‘bunkering’ dipercepatkan

KUALA LUMPUR: Proses kelulusan lesen dan permit berkaitan sektor ‘bunkering’ akan dipendekkan dari enam atau tujuh bulan kepada hanya beberapa minggu mulai Februari tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu sekali gus akan memudahkan pemain industri mendapatkan kelulusan tanpa perlu berurusan dengan pelbagai agensi dan jabatan.

Katanya, ‘bunkering’ merupakan proses pengisian bahan api ke dalam tangki simpanan sesebuah kapal atau pengangkutan maritim yang lain untuk kegunaan pelayaran dan operasi.

“Pada masa ini, syarikat ‘bunkering’ yang ingin mendapatkan permit perlu pergi kepada pelbagai agensi dan jabatan.

“Tetapi mula Februari depan, sebarang permit berkaitan ‘bunkering’ akan diproses melalui satu saluran di bawah Kementerian Pengangkutan,” katanya ketika ditemui pada Minggu Maritim Malaysia (MMW) 2026 di Pusat Konvesnyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Siew Fook berkata, pihaknya kini sedang menyelaras proses pelaksanaan tersebut bersama kementerian, jabatan dan agensi berkaitan.

Dalam pada itu, katanya, Malaysia turut memberi tumpuan kepada pembangunan sektor ‘green bunkering’ susulan peningkatan permintaan global terhadap bahan api alternatif dalam industri perkapalan.

Jelasnya, inisiatif itu selaras dengan komitmen di bawah Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bagi menggalakkan penggunaan bahan api lebih hijau seperti metanol, gas asli cecair (LNG) dan ammonia.

“Ini semua adalah sektor baharu yang perlu dibangunkan jadi kita mesti bersiap siaga dari segi pelabuhan di samping mempunyai prosedur operasi standard (SOP),” katanya. – UTUSAN

The post Kelulusan ‘bunkering’ dipercepatkan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved