Kementerian Pengangkutan jadi agensi tunggal lulus lesen 'bunkering' mulai 2027

LocalEnvironment
29 Sep 2026 • 6:09 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kementerian Pengangkutan jadi agensi tunggal lulus lesen 'bunkering' mulai 2027 Image from: Kementerian Pengangkutan jadi agensi tunggal lulus lesen 'bunkering' mulai 2027 hamden29/09/2026 - 18:09 Gambar Hiasan Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 Sept - Kementerian Pengangkutan akan menjadi agensi tunggal yang bertanggungjawab meluluskan lesen bagi kegiatan menyalurkan bahan api kapal atau 'bunkering' dan permit berkaitan mulai 1 Februari 2027, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

 

Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan proses kelulusan yang lebih jelas dan konsisten, selain meningkatkan kebertanggungjawaban pengendali sektor berkenaan.

 

“Ini akan membantu memastikan pengendali bertanggungjawab serta menyokong proses membuat keputusan yang lebih konsisten berkaitan keselamatan, kualiti bahan api dan perlindungan alam sekitar,” katanya dalam ucapan pada Malaysia Maritime Week 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

 

Menurut Loke, langkah itu penting untuk meningkatkan daya saing sektor bunkering serta memenuhi keperluan industri perkapalan ketika dunia beralih kepada penggunaan bahan api lebih hijau.

 

Malaysia menyasarkan untuk menjadi hab bunkering rantau Asia-Pasifik menjelang 2030, selaras dengan usaha memperkukuh kedudukan negara dalam industri perkhidmatan maritim.

 

Beliau berkata Malaysia turut bekerjasama dengan Australia bagi membangunkan dasar dan rangka kerja perundangan untuk bunkering hijau, termasuk penggunaan bahan api seperti gas asli cecair (LNG), biofuel dan metanol.

 

Loke berkata bunkering hijau merupakan sebahagian daripada kewajipan di bawah Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), yang menggalakkan penggunaan bahan api lebih hijau seperti metanol, LNG dan ammonia.

 

Usaha itu juga dijangka menyokong peralihan industri perkapalan kepada bahan api lebih rendah karbon, selain memenuhi keperluan sektor maritim yang semakin bergerak ke arah penggunaan tenaga lebih bersih. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved