Kelulusan Segera Bagi Penjawat Awam Pindah Kenderaan Dari Pulau Bebas Cukai

17 Nov 2023 • 4:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kelulusan Segera Bagi Penjawat Awam Pindah Kenderaan Dari Pulau Bebas Cukai

LABUAN, 17 Nov (Bernama) – Penjawat awam yang memiliki kenderaan berdaftar di pulau bebas cukai Labuan dan Langkawi, yang kini menikmati pengecualian cukai 50 peratus, boleh menarik nafas lega susulan pengumuman Kementerian Kewangan untuk memberi kelulusan terus bagi pemindahan kenderaan di luar Semenanjung, Sabah dan Sarawak mulai 1 Dis ini.

Ketua Seksyen Cukai Kementerian Kewangan Hazlan Abdul Aziz berkata dasar baharu itu memperkemaskan proses dan membolehkan individu yang layak mendapatkan kelulusan terus daripada pejabat kastam Labuan atau Langkawi.

“Ini bermakna memintas laluan sebelum ini menerusi Kementerian Kewangan, dengan syarat semua dokumentasi lengkap dan syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi.

“Langkah ini bertujuan memudahkan pemindahan kakitangan kerajaan, memastikan peralihan lebih lancar bagi mereka yang berpindah keluar dari zon bebas cukai ini,” katanya pada taklimat bersama kakitangan kerajaan di Wisma Kastam di sini hari ini.

Hazlan berkata dasar pengecualian itu telah lama memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dalam pulau bebas cukai dan pengemaskinian berkenaan meningkatkan lagi kecekapan prosedur pentadbiran berkaitan pemindahan tersebut.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved