Kemalangan Bas UPSI Terbalik: Setakat Ini 15 Orang Terbunuh, PM Ucap Takziah

LocalPolitics
9 Jun 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kita dikejutkan sekali lagi dengan kemalangan tragis apabila seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disahkan maut manakala tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak awal pagi tadi.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada pukul 1.10 pagi tadi. apabila pihak Hospital Gerik memaklumkan tentang kemalangan jalan raya berimpak tinggi di kawasan berkenaan.

Difahamkan, bas yang membawa pelajar Upsi terbalik gara-gara bertembung dengan Perodua Alza.

image is not available

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff mengesahkan nahas bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi, membabitkan pelajar universiti berkenaan.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan dukacita susulan nahas tragis hingga mengorbankan 15 pelajar UPSI.

"Saya dan Azizah amat berdukacita menerima perkhabaran nahas tragis awal pagi tadi berhampiran Gerik yang membabitkan sebuah bas dan beberapa kenderaan lain, mengorbankan 15 pelajar.

Takziah kepada semua keluarga mangsa. Kami mendoakan kalian diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini," katanya dalam satu hantaran di media sosialnya, hari ini.

Sejumlah 45 mangsa terbabit termasuk 43 pelajar UPSI Tanjung Malim, masing-masing seorang pemandu dan seorang pembantu selain empat lagi mangsa menaiki kenderaan Perodua Alza.