Kemalangan di PLUS: Pemandu lori maut, lebuh raya sesak sepanjang 6km

LocalCars
15 Aug 2024 • 6:44 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja pengalihan kemalangan melibatkan lori di KM257, Lebuh Raya PLUS arah utara antara Kuala Kangsar dan Ipoh telah mengakibatkan kesesakan teruk sepanjang enam kilometer, sejak kira-kira tiga jam lalu.

Menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS), kemalangan yang mengorbankan pemandu lori dan menyebabkan kecederaan pada kelindannya itu berlaku pada jam 2.21 petang selepas kenderaan berat itu terbabas dan terbalik.

Kerja-kerja pembersihan masih dijalankan sehingga kini namun laluan kontra untuk ke utara telah diaktifkan.

“Laluan kontra masih diaktifkan dari KM257.5 hingga KM256.4. Semua lorong ke utara masih terhalang. Trafik masih sesak di kedua-dua arah. Sila rancang perjalanan anda,’’ kata PLUS menerusi aplikasi X.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad memberitahu kemalangan itu melibatkan sebuah lori jenis Hino yang terbabas lalu terbalik.

“Bomba menerima panggilan pada jam 1.57 petang.

“Seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,’’ katanya dalam kenyataan di sini.

Manakala seorang lagi lelaki di bahagian tempat duduk penumpang mengalami cedera ringan. - 15 Ogos, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved