Lori rempuh Supra, sebelum langgar kereta owner dashcam di Pudu

LocalCars
10 Aug 2024 • 2:42 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kira-kira jam 5 petang Jumaat, berlaku kemalangan yang membabitkan tiga buah kenderaan, termasuk sebuah lori yang membawa bahan buangan.

Dalam kejadian yang berlaku di Pudu, lori tersebut merempuh sebuah kereta Toyota Supra yang diletakkan di tepi jalan sebelum melanggar sebuah lagi kenderaan lain di belakangnya.

Berdasarkan video tular, pemandu kereta (kedua) yang juga pemilik video dashcam terdahulu sempat masuk ke lorong kiri sebaik saja menyedari lori tersebut dipandu secara berbahaya.

Selepas berlaku rempuhan yang turut menjejaskan bahagian bampar depan kereta, dia kemudian mengundurkan kenderaan dan beredar dari lokasi kejadian. Namun, belum sempat berbuat demikian keretanya dilanggar oleh lori tersebut yang sedang mengundur.

Gambar kejadian yang dikongsikan menunjukkan Toyota Supra tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang.

Punca sebenar kejadian masih belum diketahui. Tetapi timbul spekulasi yang mendakwa berkemungkinan berlaku provokasi di antara kedua-dua pihak terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved