Kemalangan Konvoi RX-Z: Polis Sahkan 4 Maut & Lebih 20 Cedera, Rakaman Nahas Turut Tular Di Media Sosial [Video]

11 Jul 2026 • 3:53 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kemalangan Konvoi RX-Z: Polis Sahkan 4 Maut & Lebih 20 Cedera, Rakaman Nahas Turut Tular Di Media Sosial [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (11 Julai), tular di media sosial video kemalangan membabitkan sekumpulan penunggang motosikal yang menyertai konvoi RX-Z di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kemaman, Terengganu.

Nahas yang berlaku kira-kira jam 1.20 pagi tadi melibatkan 12 motosikal dan sebuah kereta jenis Toyota Vios di Kilometer 246.4 berhampiran susur keluar Plaza Tol Jabor.

4 Maut & Lebih 20 Cedera, Lebih 30 Buah Motosikal Dipercayai Berlumba

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut manakala lebih 20 mangsa cedera kini menerima rawatan di dua buah hospital yang berbeza.

Jelas Ashari, tiga mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.

Mangsa yang maut adalah:

  • Che Mohd Sufian Che Ghani (40 tahun) 
  • Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan (33 tahun)
  • Mohd Aizat Husni (33 tahun)
  • Muhammad Safawi Md Noh (24 tahun) – meninggal dunia sewaktu menerima rawatan

Tambahnya, seramai 18 orang sedang menerima rawatan di HTAA manakala dua lagi kini dirawat di Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Nahas terbabit turut menyebabkan seorang remaja berusia 13 tahun yang merupakan penumpang kereta cedera pada tengkuk manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan.

View on Threads

Siasatan Polis Lebih 30 Motosikal Dipercayai Berlumba

“Siasatan lanjut polis mendapati lebih 30 motosikal yang dipercayai berlumba terlibat dalam kemalangan mengakibatkan empat maut itu,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,

Sebuah Motosikal Dipercayai Terlanggar Belakang Kereta Sebelum Jatuh Di Lorong Kanan

Jelas Ashari, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal telah terlanggar bahagian belakang sebuah kereta lalu jatuh di lorong kanan.

Keadaan ini menyebabkan beberapa penunggang motosikal lain tidak sempat mengelak lalu terlanggar sesama sendiri di atas jalan.

Salah Seorang Mangsa Sempat Hantar Gambar Nasi Goreng Yang Dinikmati Di Restoran Terkenal

Memetik Berita Harian, isteri kepada Allahyarham Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan yang dikenali Farah Aqilah Mohamad Nazri, suaminya itu sempat menghantar gambar nasi goreng yang dinikmati di sebuah restoran popular menerusi aplikasi WhatsApp.

“Kebiasaannya, apabila keluar menunggang motosikal bersama kawan, suami akan pulang pada hari sama dan tidak pernah bermalam.

“Semalam, suami keluar petang dan biasanya akan pulang kira-kira jam 11 malam.

“Bagaimanapun, saya kemudian dimaklumkan oleh isteri kepada kawan arwah bahawa suami terbabit kemalangan kira-kira jam 1 pagi,” katanya.

Jelas Farah yang berusia 30 tahun, arwah suaminya itu sememangnya mempunyai hobi menunggang motosikal dan sering menyertai program berkaitan jika tidak terikat dengan pekerjaannya sebagai pemandu.

“Sebenarnya, arwah banyak kali mengajak tetapi saya tidak pernah ikut kerana tidak berminat,” jelasnya yang mempunyai seorang anak lelaki, Muhammad Qud Qays berusia setahun tiga bulan.

Difahamkan, jenazah suaminya telah dituntut di Jabatan Forensik HTTA.

Memetik Pengasas UKVJ, Mr Wan Cai, jenazah akan dimandi sebelum dihantar ke Paka, Dungun, Terengganu.

Terdahulu, beberapa rakaman video sebelum dan selepas nahas turut tular di tempat kejadian hingga menjadi bualan warganet.

Baca Artikel Berkaitan: “Kau Yang Main Cilok” – Kemalangan RX-Z & Axia Gara-gara Tak Bagi ‘Signal’ Cetus Perdebatan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Maut, Seorang Lagi Cedera Parah Ketika Lumba Haram Di Klang [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved