Kemalangan Maut Di KM277.1 Lebuhraya PLUS, Trafik Sesak 5KM

13 Jul 2022 • 5:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Satu kemalangan maut membabitkan beberapa kenderaan dilaporkan berlaku di satu lokasi di KM277.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Perak sebentar tadi.

Merujuk laporan ringkas Astro Radio Traffic sebentar tadi, kemalangan tersebut melibatkan dua buah kereta dan sebuah lori di lokasi kejadian.

Difahamkan, insiden berkenaan telah menyebabkan semua lorong di laluan itu terhalang dan mengalami kesesakan sepanjang lima kilometer dari Ipoh ke Simpang Pulai.

Menurut laporan itu lagi, aliran trafik dijangka mengalami kelewatan selama satu jam berikutan kemalangan maut serta kesesakan tersebut.

Bagaimanapun buat masa ini (setakat laporan ini ditulis), difahamkan hanya lorong kecemasan sahaja yang boleh digunakan.

Berita lanjut menyusul.