Kemalangan Maut Di Senawang: Pemilik Dashcam Belum Tampil Bantu Siasatan – Polis

LocalCars
10 Mar 2025 • 4:59 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Khamis lalu (6 Mac), tular di media sosial rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sebuah kereta jenis Honda Jazz merempuh dua motosikal selepas pemandu kereta itu gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah di Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, penunggang dan pembonceng motosikal jenis Modenas Kriss masing-masing berusia 15 dan 16 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Mereka yang meninggal dunia ialah Muhammad Aidil Ramdan, 15, dan Muhammad Aswari Lotpi, 16.

Pihak polis kemudiannya mengesahkan pemandu Honda Jazz terbabit yang merupakan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tidak mempunyai lesen memandu.

Pemilik dashcam belum tampil bantu siasatan

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan pemilik dashcam berkaitan kemalangan itu masih belum tampil membantu siasatan.

Menurutnya, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan oleh pihak polis.

“Sebab itu pentingnya kerjasama pemilik dashcam yang berkongsi video kejadian itu di media sosial tampil untuk bantu proses siasatan.

“Setakat ini hanya dua saksi telah tampil memberi keterangan iaitu ibu pemandu Honda Jazz dan seorang saksi awam,” katanya dipetik Sinar Harian.

Kakak pemandu Honda Jazz tampil mohon maaf

Sebelum ini, kakak kepada pemandu Honda Jazz terbabit telah tampil memohon maaf kepada ahli keluarga kedua-dua mangsa serta seluruh rakyat Malaysia atas hantaran dan komen yang dimuat naik olehnya itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @bungaorkeddddddddddd, wanita terbabit berkata dia sedar bahawa telah memuat naik hantaran serta komen sedemikain dalam keadaan beremosi.

Permohonan maaf itu dibuat susulan kemarahan orang ramai terhadap tindakannya yang tampil menyebelahi adiknya menerusi beberapa hantaran dan komen di media sosial.

Tindakan wanita terbabit seolah-olah adiknya pula menjadi mangsa yang perlu menuntut keadilaan.

Source: