[Review] Litar Antarabangsa Sepang: Port Lumba Jadi Bazar Ramadan, Harga? Berpatutan!

LocalFood
10 Mar 2025 • 5:11 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Masihkah anda ingat sekitar bulan Disember 2024 lalu, Majlis Perbandaran (MP) Sepang telah mengumumkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal menjadi lokasi terbaharu tapak Bazar Ramadan 2025?

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran (MP) Sepang, Muhamad Shah Osmin dalam satu temu bual bersama SelangorTV.

Jelas beliau, ia merupakan inisiatif MP Sepang dengan kerjasama pihak pengurusan SIC.

Pengumuman itu nyata mengundang pelbagai reaksi apatah lagi status Litar Sepang yang bertaraf antarabangsa hingga ramai menganggap harga yang bakal dijual pun bertaraf antarabangsa.

Pelbagai Menu Menarik, Sama Seperti Bazar Lain

Sempena bulan Ramadan yang telah tiba, team BuzzKini telah menerjah tapak Bazar Ramadan Litar Antarabangsa Sepang.

Yelah, katanya ini merupakan tapak terbaharu bagi tahun 2025 dan membuatkan kami rasa teruja untuk melihat menu yang dijual di bazar tersebut.

Adakah ‘unik’ dari bazar yang lain? Atau sama sahaja?

Pertama kali melangkah ke bazar berkenaan yang terletak di hadapan pintu masuk kawasan mall dan main grand stand, benda pertama sekali yang kami fikir apa kelainan menu yang ada di bazar.

Namun, ia sama sahaja seperti bazar yang lain. Menariknya, pelbagai jenis juadah yang dijual di Litar Sepang Antarabangsa dari western hinggalah ke tradisional.

Nak makan nasi putih? Nasi Ayam Penyet? Nasi Kerabu? Nasi Beriani? Spageti? Mac and Cheese? Semua ada di sini!

image is not available
Foto: Fatin/BuzzKini

image is not available
Foto: Fatin/BuzzKini

Menarik betul! Sampai kami pun pening hendak pilih yang mana.

Buat korang yang tak suka makan berat-berat, makanan ringan seperti laksa, bakso dan Roti John pun ada.

Kuih-muih? Tak payah cakaplah, rambang mata kami dibuatnya. Dari tradisional sampai ke modern dessert seperti kek, semuanya turut dijual disini. Betul-betul menguji iman!

image is not available
Foto: Fatin/BuzzKini

image is not available
Foto: Fatin/BuzzKini

image is not available
Foto: Fatin/BuzzKini

Harga Makanan Berpatutan! Tak Mahal Sangat Seperti Yang Disangkakan

Kalau dah nama pun Litar Antarabangsa, mesti ramai yang rasa harga jualan peniaga pun dah bertaraf antarabangsa juga.

Sebenarnya, harga yang dijual tidaklah mahal sangat bahkan berpatutan. Sama sahaja seperti bazar yang lain.

Malah, ada harga jualan yang penulis rasa lagi murah berbanding bazar yang lain.

Contohnya seperti ayam golek yang hanya dijual RM25 seekor jika dibandingkan tempat tinggal penulis yang menjualnya dengan harga RM28.

Manakala, kuih karipap pula masih berharga RM0.60 seketul sedangkan di tempat penulis dah cecah harga sekitar RM0.80! 😮‍💨

image is not available
Foto: Fatin/BuzzKini

image is not available
Foto: Fatin/BuzzKini

Parkir Luas, Pengunjung Boleh Terus Berbuka Di Khemah Yang Disediakan

Menariknya, pengunjung boleh masuk dan berbuka di khemah yang disediakan dalam litar antarabangsa tersebut.

Khemas berkenaan sememangnya disediakan khas buat mereka yang berhasrat mahu berbuka puasa sebaik sahaja membeli juadah di bazar berhampiran.

Bahkan, khemah berkenaan berdekatan dengan tandas dan surau bagi memudahkan pengunjung di situ.

Risau dengan parking? Tak perlu risau kerana tempat letak kereta sememangnya luas dan betul-betul berhampiran bazar tersebut.

image is not available
Foto: Fatin/BuzzKini

image is not available
Foto: Fatin/BuzzKini

Buat korang yang berada berhampiran Litar Antarabangsa Sepang khususnya di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau berhampiran, jemput meriahkan Bazar SIC!

Owh ye, jangan lupa bawa payung sebab cuaca tak menentu sekarang ni. Kadang-kadang panas terik sekarang, kadang-kadang hujan lebat. Bawa payung untuk mudahkan pergerakan korang okay? Selamat Berpuasa!