7 maut akibat kemalangan jalan raya di Johor sejak Rabu

21 Jan 2023 • 6:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kamarul Zaman - Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Enam kemalangan maut membabitkan tujuh kematian direkodkan di Johor setakat hari ketiga Op Selamat 19 yang bermula sejak Rabu lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam tempoh itu juga 852 kes kemalangan dilaporkan dengan 438 daripadanya membabitkan jalan bandaran

"Kereta merupakan kenderaan yang paling tinggi menyumbang kepada statistik kemalangan dengan 589 kes diikuti dengan motosikal 107 kes,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, 430 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ditugaskan di 32 lokasi black spot (kemalangan) dan 61 lokasi hotspot (kesesakan) di negeri itu sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Katanya, tumpuan pemantauan turut diberikan kepada dua pintu masuk utama negara iaitu Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri, yang dijangka berlaku pertambahan kenderaan masuk ke Malaysia. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved