Kemalangan maut: Nampak tak ‘ulat’ dekat dahi saya – Mangsa

25 Sep 2026 • 4:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kemalangan maut: Nampak tak ‘ulat’ dekat dahi saya – Mangsa

PETALING JAYA – Seorang ibu tunggal yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran sempat memuat naik gurauan menyamakan urat dahinya seperti ulat pada hantaran Thread, beberapa hari sebelum maut akibat nahas di Kilometer 32 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam pukul 6.15 pagi tadi.

Wanita tersebut dikenali sebagai Siti Nor Amalina Sulaiman, 32, menerusi akaun Threadnya berkongsi gambar menunjukkan dahinya yang berurat.

“Korang (anda) nampak tak macam ada ‘ulat’ dekat dahi saya? Saya seorang je ke nampak?,” katanya pada hantaran itu.

Ia mendapat pelbagai reaksi pengguna Thread selain ada yang bergurau dengannya, namun komen-komen bertukar nada sedih selepas mengetahui dia meninggal dunia hari ini.

“Innalillahiwainnailaihirajiun, bekas rakan sekerja. Arwah ibu tunggal meninggalkan seorang anak,” komen pengguna Thread Fakhrysamsudin.

“Asbab posting (hantaran) dia blow up (meledak), korang jom doakan akak ni sedekah al-Fatihah akak ni dah meninggal pagi tadi,” kata Cikbungaeeee.

Kosmo! Online hari ini melaporkan kemalangan melibatkan seorang wanita berusia 32 tahun yang memandu kereta Honda dengan sebuah lori dipandu lelaki 66 tahun di KM 32 Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian berlaku ketika wanita yang dalam perjalanan dari arah Kulai Besar ke Johor Bahru telah melanggar belakang lori yang berhenti di lampu isyarat merah.

Akibat perlanggaran itu, wanita berkenaan telah mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

The post Kemalangan maut: Nampak tak ‘ulat’ dekat dahi saya – Mangsa appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved