
TAMPARULI: Sebanyak 55 lokasi di sini mengalami gangguan bekalan elektrik selepas sebuah lori yang membawa tong gas petroleum cecair (LPG) terbabas di Jalan Tamparuli - Ranau, berhadapan Tamparuli Point, pada Sabtu.
Sabah Electricity dalam kenyataanya berkata ia terpaksa memutuskan sementara bekalan elektrik bagi membolehkan kerja-kerja mengalihkan lori berkenaan dilakukan dengan selamat dan mengelakkan sebarang risiko kepada orang awam.
Gangguan bekalan itu melibatkan 50 kampung serta lima lokasi lain iaitu Taman Jesselton Park, Pekan Tamparuli, Loji Penapis Air Tamparuli, Jabatan Air Topokon dan Pekan Topokon.
Langkah memutuskan bekalan elektrik itu dibuat bagi memastikan operasi mengalihkan lori gas yang terbalik dapat dijalankan tanpa membahayakan petugas penyelamat dan pengguna jalan raya.
Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Bahagia, Kampung Botung, Kampung Bawang, Kampung Kiwoi, Kampung Dudan Kondis, Kampung Lingga, Kampung Bambangan Lama, Kampung Ruhiang, Kampung Kapa, Kampung Koporingan, Kampung Minangkob, Kampung Hamad, Kampung Sinalapak, Kampung Kelawat, Kampung Kelawat Bundu, Kampung Tomis Baru, Kampung Togop, Kampung Bambangan Baru, Kampung Moingob, Kampung Kitapol, Kampung Tibabar, Kampung Laputong, Kampung Puhus, Kampung Gayaratau dan Kampung Gayaratau Malapi.
Turut terkesan adalah Kampung Rungus Kapur, Kampung Bundu Rikos, Kampung Bundu Tuhari, Kampung Bundu Gulu, Kampung Kaliposuon, Kampung Bongkudon, Kampung Guokon, Kampung Rongolis, Kampung Kosusu, Kampung Kiansom, Kampung Rombituon, Kampung Toboh Baru, Kampung Madang, Kampung Miang Kiang, Kampung Lotung Gontung, Kampung Gontung Domunsou, Kampung Wongkod Gontung, Kampung Wongkod Linungkulan, Kampung Wongkod, Kampung Timbou, Kampung Gumoron, Kampung Gumoron Siba, Kampung Linungkulan, Kampung Sulaman dan Kampung Mangkaladoi.
Orang ramai dinasihatkan supaya bersabar dan mematuhi arahan pihak berkuasa di lokasi kejadian sehingga operasi mengalihkan lori gas serta pemulihan bekalan elektrik selesai.
Sabah Electricity turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pengguna serta menghargai kesabaran pelanggan sepanjang proses pemulihan bekalan dijalankan.






