Kemangkatan Ratu Elizabeth II: Orang Ramai Boleh Beri Penghormatan Di Muzium Lilin I-City

9 Sep 2022 • 7:08 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kakitangan Red Carpet 2 Tan Soek Hui (kiri) meletakkan papan peringatan disebelah patung lilin Ratu Elizabeth ll (tengah) dan suaminya mendiang Putera Philip (kanan) untuk orang ramai hadir memberi penghormatan hari ini. - Gambar Bernama

SHAH ALAM - Muzium lilin The Red Carpet, i-City akan membuka pintunya bermula hari ini sehingga 19 Sept depan bagi membolehkan orang ramai yang berhasrat memberikan penghormatan kepada mendiang Ratu Elizabeth II.

image is not available
Pihak I-City telah membuka ruang kepada pengunjung untuk hadir memberi penghormatan selama 10 hari bermula hari ini sehinga 19 Sept 2022. - Gambar Bernama

I-Berhad, pemaju i-City dalam satu kenyataan hari ini berkata usaha itu akan membolehkan orang ramai bukan sahaja menyaksikan figura lilin Ratu yang disegani dunia secara dekat, malah dapat menghargai dedikasi dan jasa Raja Britain itu yang telah berkhidmat untuk rakyat United Kingdom dan Komanwel.

Pengurus Maklumat I-Berhad Tang Soke Cheng berkata syarikat merasakan keperluan untuk memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II, raja paling lama berkhidmat dalam sejarah Britain atas khidmat bakti baginda, berpandangan jauh dan berdaya tahan untuk memodenkan Institusi Beraja.

"Ratu telah meraikan Jubli Platinumnya pada 2022 dan merupakan Raja kedua paling lama memerintah dalam sejarah sebelum kematian baginda pada Sept 2022," katanya.

“Selama 10 hari bermula hari ini, orang ramai boleh memberi penghormatan untuk mengenang mendiang baginda Ratu Elizabeth II di Red Carpet 2. Ini selaras dengan mengumuman Kerajaan United Kingdom yang akan berkabung selama 10 hari bermula hari ini hingga 19 Sept bagi mengenang Ratu tercinta mereka,” katanya.

image is not available
Gambar Bernama

Istana Buckingham pada Khamis mengumumkan Ratu Elizabeth II, telah meninggal dunia pada usia 96 tahun. - Bernama