
Rasmi perlawanan EPL sepanjang minggu ini ditunda
Semua perlawanan melibatkan pasukan Liga Perdana Inggeris, Liga Bola Sepak Inggeris dan Liga Super Wanita hujung minggu ini akan ditangguhkan sebagai tanda penghormatan kepada Ratu Elizabeth II, yang mangkat pada usia 96 tahun semalam.
Premier League dalam satu kenyataan berkata, perbincangan telah dibuat pada pagi Jumaat dan keputusan diambil bahawa semua perlawanan EPL dari 9 hingga 10 September akan ditangguhkan sebagai tanda penghormatan terakhir.
Selain perlawanan besar melibatkan liga, perlawanan bola sepak bukan liga juga turut dibatalkan.
“Kami dan semua kelab ingin memberi penghormatan kepada perkhidmatan mendiang Ratu yang panjang kepada negara kami.
”Sebagai raja yang paling lama berkhidmat, Baginda telah menjadi inspirasi dan meninggalkan legasi yang luar biasa. Kemangkatan Baginda adalah sangat menyedihkan, bukan sahaja untuk negara tetapi juga kepada seluruh dunia. Kami juga akan turut berkabung atas pemergiannya,” kata Ketua Eksekutif Liga Perdana Richard Masters.
Semalam, Ratu Elizabeth telah meninggal dunia pada usia 96 tahun di Istana Balmoral disamping ahli keluarga diraja. Beliau merupakan raja paling lama berkhidmat di dalam sejarah negara Britain.
Sumber: Mirror
The post Ratu Elizabeth Mangkat, EPL Tangguh Semua Perlawanan Hujung Minggu Ini appeared first on Siakap Keli.


