Kemarau di Sinchuan jejaskan satu dunia, ini sebabnya

19 Aug 2022 • 11:45 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pihak berkuasa wilayah Sichuan telah mengarahkan operasi kilang ditutup serta merta selama 6 hari bertujuan untuk membanteras krisis tenaga yang sedang melanda kawasan itu dek kemarau yang teruk. Disifatkan sebagai antara yang terburuk dalam dekad ini, suhu di sana melepasi paras 40 darjah Celcius lantas menyebabkan permintaan tenaga untuk kegunaan domestik meningkat untuk tujuan penyejukan.

Isu ini dirumitkan dengan kebergantungan Sichuan kepada tenaga hidro. Sungai-sungai di lembah Yangtze yang mulai mengering menyebabkan penjanaan tidak mampu menampung permintaan dan ia meletakkan sistem grid tenaga dalam bahaya.

Kesan daripada kemarau tidak di bukan saja dirasai di kawasan setempan, malah di peringkat global. Wilayah Sichuan kaya dengan bahan mentah lithium dan silikon. Ramai syarikat semikonduktor, panel solar, dan bateri membuka kemudahan melombong dan mengilang di sana.

image is not available
Bahan mentah untuk bateri kereta elektrik majoritinya dari Sichuan

Bateri-bateri yang memperkasakan kereta elektrik di luar sana majoritinya adalah daripada wilayah ini dan kos bahan mentah tentu sekali meningkat berikutan isu ini. Kilang kereta Volkswagen, kontraktor Apple, Foxconn, dan pembekal bateri kereta Tesla, CATL, adalah antara yang mengumumkan penutupan.

image is not available
Foxconn, kontraktor terbesar Apple ada kilang pemasangan dalam Sichuan

Kilang melebur alumunium yang ditutup juga memberi impak kepada harga bahan mentah itu. Harganya dilapor naik 3.5% berbanding harga 15 Ogos 22 lalu.

Sumber: Bloomberg, CNN