Kemarau di Sinchuan bakal jejaskan satu dunia ?

Environment
19 Aug 2022 • 8:01 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Kemarau berpanjangan di Sichuan, China menjadi kebimbangan masyarakat dunia. Terbaru pihak berkuasa wilayah Sichuan telah menggesa agar operasi kilang ditutup serta merta selama seminggu bagi mengawal krisis tenaga yang sedang melanda wilayah terbabit.

Kemarau teruk itu disifatkan sebagai antara yang terburuk dalam dekat ini dimana suhu di wilayah barat China itu mencapai paras 40 darjah Celcius sehingga menyebabkan permintaan tenaga yang tinggi bagi kegunaan domestik untuk tujuan penyejukan.

image is not available

Hal ini semakin meruncing apabila kebergantungan Sichuan kepada tenaga hidro. Sungai-sungai di lembah Yangtze mulai kering menyebabkan penjanaan tidak mampu untuk menampung permintaan dan ia meletakkan sistem grid tenaga dalam bahaya.

Akibat daripada kemarau yang teruk itu bukan sahaja dirasai di kawasan setempat, malah di peringkat global.

Ini disebabkan oleh wilayah Sichuan kaya dengan bahan mentah lithium dan silikon. Banyak syarikat semikonduktor, panel solar, dan bateri membuka kemudahan melombong dan mengilang disana.

Bateri-bateru yang memperkasakan kereta elektrik di luar sana majoritinya adalah daripada wilayah ini dan kos bahan mentah sudah tentu meningkat berikutan dengan isu ini.

image is not available

Kilang kereta seperti Volkswagen, kontraktor Apple, Foxconn dan pembekal bateri kereta Tesla, CATL, adalah yang mengumumkan penutupan.

Kilang melebur alumunium yang ditutup juga memberi impak kepada harga bahan mentah itu. Harganya dilapor naik 3.5% berbanding harga 15 Ogos 22 lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved