Kemarau Dipercayai Jadi Punca 16 Lubang Gergasi Muncul Di Turki

Entertainment
2 Oct 2022 • 3:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebanyak 16 lubang gergasi telah muncul selepas beberapa bulan Lembah Konya, Turki dilanda kemarau berpanjangan.

image is not available

Pakar dari Universiti Teknikal Konya (KTUN), Fetullah Arik menjelaskan kini terdapat lebih 2,600 mendapan lubang di kawasan tersebut. Menurut laporan dari Daily Mail UK, gambar yang diambil memamparkan beberapa lubang gergasi terbentuk di lembah itu dari awal tahun sehingga bulan September baru-baru ini.

image is not available

Tambah Arik lagi, beliau telah memberi amaran terhadap penggunan air bawah tanah yang tidak terkawal. Walaupun salji turun dengan lebat pada musim sejuk yang lalu, tiada peningkatan besar terhadap air bawah tanah. Pengunaan air bawah tanah ini menyebabkan struktur tanah boleh terhakis.

image is not available

Difahamkan bilangan lubang itu semakin meningkat setiap hari di daerah lain iaitu, Cihanbeyli, Yunak, Kulu, Sarayönü dan Kadınhanı. Mendapan lubang akibat penggunaan air bawah tanah yang terus berlaku akan memberi risiko kepada penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

image is not available

Terdahulu seorang lelaki telah dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah lubang yang terbentuk itu pada Februari 2022.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.