“Kemas & boleh nampak baju” – Jubah Konvo Jadi Perhatian Netizen, Penampilan Minimalis & Nampak Kemas

Entertainment
26 Nov 2023 • 3:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Biasanya hujung-hujung tahun macam ni kita akan lihat mahasiswa dan mahasiswi bergraduasi. Dari pelbagai universiti, macam-macam karenah graduan yang dapat kita lihat.

Untuk kali ni, bukan karenah graduan yang min nak kongsi dengan korang, tetapi mengenai fesyen jubah konvokesyen.

Ada satu jubah dari sebuah universiti tanah air menjadi perhatian netizen. Jubah itu datangnya dari Universiti Sains Malaysia (USM). Korang boleh baca coretan Azrul Zabidi dibawah mengenai pandangan peribadi beliau berkenaan Jubah Konvo USM ini.

image is not available image is not available image is not available

Kemas & boleh nampak baju

Rata-rata netizen berpendapat, jubah konvo USM ini adalah antara yang paling cantik dalam Malaysia. Ini semua disebakan potongannya yang kemas dan membolehkan ternampaknya baju bahagian dalam jubah yang dipakai graduan.

image is not availableMungkin dalam kalangan korang yang akan pakai jubah USM boleh ambil info untuk kenakan pin di bahagian depan jubah. Mungkin jadi lebih kemas kan.

image is not availableYang ini min setuju. Dah belanja banyak untuk OOTD kan, mestilah nak nampak sikit. Kalau kemas elok dan cantik terletak macam ni, barulah boleh buat content media sosial.

image is not availableMana-mana dalam kalangan korang yang ada niat nak sambung belajar, mungkin boleh pertimbangkan masuk USM. Bila konvo boleh pakai jubah cantik macam ni.

image is not availableKebanyakkan yang min nampak graduan universiti pakai jubah cantik je. Iyelah dah susah payah belajar, tak kira lah apa fesyen sekali pun, janji dapat pakai dan raikan hari konvokesyen kan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.