Kemas kini iOS 17.1.1 selesaikan isu BMW jahanamkan iPhone 15

Digital
10 Nov 2023 • 6:54 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Isu berkaitan pad pengecas wayarles kereta BMW yang katanya merosakkan cip NFC iPhone 15 nampaknya menerima perhatian Apple. Makanya, dalam kemas kini terbaharu iaitu iOS 17.1.1, Apple memasukkan baik pulih isu tersebut disamping naik taraf yang lain. Fail naik taraf itu sebensar 1.26GB menandakan yang ia naik taraf yang agak besar.

image is not available
Notifikasi kemas kini iOS 17.1.1 pada iPhone

Kereta BMW rosakkan cip NFC iPhone 15?

Segelintir pemilik kereta BMW melaporkan terdapat isu pada iPhone 15 mereka apabila menggunakan pengecas wayarles yang terbina di dalam kenderaan mereka. Didapati yang selepas beberapa ketika mengecas, iPhone 15 mereka terpadam dan pergi ke mode data recovery. Selepas itu, mereka dapati yang beberapa ciri penting iPhone 15 tidak lagi berfungsi.

image is not available
Pengecas wayarles BMW didakwa rosakkan cip NFC iPhone 15

Sekiranya pad pengecas NFC boleh buatkan telefon reboot dan masuk ke mode data recovery, ia mungkin ada kaitan dengan ciri baharu yang sedang bangunkan. lapor sedang bangunkan alat yang membolehkan mereka mengemas kini iPhone ke iOS yang terkini walaupun unit masih belum dibuka kotak. Kemas kini dilakukan secara wayarles dan ia penting bagi memberikan pengalaman iPhone yang terbaik sejurus iPhone dihidupkan pengguna daripada kotak.

Contohnya, iPhone 15 dipasarkan dengan iOS 17 sewaktu diumumkan namun apabila mula dijual, iOS 17.0.1 sudahpun ada dan kemas kini itu membasmi pepijat yang besar. Apple jangkakan alat ini akan digunakan sebelum 2023 tamat.

Bacaan berkaitan