iOS 17.1.1 Boleh Dimuat Turun Menyelesaikan Isu NFC Gagal Berfungsi

TechnologyDigital
8 Nov 2023 • 3:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple menawarkan kemas kini iOS 17.1.1 hari ini bagi menyelesaikan beberapa pepijat seperti NFC tidak berfungsi selepas peranti menggunakan sistem pengecasan nirwayar. Ini dilaporkan oleh pemilik kenderaan BMW yang merungut sistem Apple Pay tidak lagi boleh digunakan selepas dicas menggunakan pengecas nirwayar. dalam kenderaan.

image is not available

Saiz muat turun hanya 390.6MB sahaja di Malaysia dengan ia turut membaiki isu widget skrin kekunci untuk aplikasi Weather. Kemas kini ini diberikan hanya dua minggu selepas iOS 17.1 diberikan bagi mengaktifkan ciri AirDrop tanpa had menerusi selular dan juga membaiki pepijat papan kekunci tidak responsif dalam aplikasi Music.