[KEMAS KINI] Seorang lelaki ditembak mati di Puchong Prima 3

14 Jan 2024 • 7:51 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mati ditembak dalam satu kejadian di Jalan Puchong Prima 3, kira-kira 3 petang ini.

Ia disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

"Saya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes ini dalam masa terdekat," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, bunyi tembakan di Jalan Puchong Prima 3 itu telah menggemparkan penduduk di kawasan sekitar.

Klip video berdurasi 39 saat mengenai tembakan itu kini tular di media sosial.

Ketika ini, beberapa kenderaan polis kelihatan di tempat kejadian dengan kawasan tersebut telah ditutup dengan garisan kuning bagi menghalang orang ramai menghampirinya.

Pasukan forensik tiba pada 5.30 petang bagi mengumpul bahan bukti di dalam sebuah kereta berkait kes tersebut.

Kenderaan polis juga dilihat memasuki kawasan itu untuk membawa keluar mangsa pada 6.15 petang. - 14 Januari, 2024