Kemas kini siri Samsung Galaxy S24, atasi masalah paparan dan kamera

Digital
15 Feb 2024 • 4:07 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Samsung mengumumkan kemas kini pertama siri Galaxy S24 bagi mengatasi isu berkaitan paparan dan kualiti foto dialami penggunanya. Kemas kini tersebut akan tersedia untuk semua model di bawah siri Galaxy S24 iaitu Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra.

Samsung mengatakan kemas kini yang ditawarkan adalah berdasarkan maklum balas yang diterima bagi memberikan pilihan dan pengalaman yang lebih baik melibatkan paparan dan kamera peranti yang akan dapat dicapai melalui peningkatan perkakasan dan perisian.

Peningkatan paparan dan fungsi kamera

Dengan melakukan penyesuaian 'Kecerahan' pada bahagian 'Tetapan Lanjutan', pemilik S24 boleh menikmati paparan yang lebih hidup. 

image is not available

Melalui kemas kini yang diperkenalkan Samsung, pengguna boleh mengubah tetapan paparan untuk mendapatkan visual yang lebih semula jadi. Ia boleh dilakukan dengan membuat penyesuaian 'Kecerahan' pada bahagian 'Tetapan Lanjutan'.

Pengguna boleh mendapatkan visual yang lebih hidup dengan meningkatkan slider kecerahan mengikut kesesuaian pada peranti Galaxy S24. Ini kerana ramai pengguna mengadu bahawa warna pada paparan visual Galaxy S24 terlalu 'suram' atau pudar.

image is not available

Selain memperbaiki masalah paparan, fungsi kamera utama juga akan dipertingkat dan dioptimumkan bagi mengatasi masalah yang dialami pengguna seperti isu image shifting semasa menggunakan zum pada kamera. Ini termasuk peningkatan pada fungsi zum peranti, Mod Potret, Nightography, keupayaan rakaman video kamera belakang, dan banyak lagi.

Menurut Samsung, kemas kini yang ditawarkan untuk siri Galaxy S24 itu akan mula tersedia mulai penghujung bulan ini. Jadi jika anda merupakan salah seorang pemilik Galaxy S24, bolehlah menyemak dan melakukan kemas kini sekiranya sudah tersedia untuk peranti anda.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki Galaxy S24, boleh membaca reviu kami mengenai peranti keluaran Samsung di sini.

[Sumber: Samsung

Bacaan berkaitan: