Kehadiran Realme 12+ 5G untuk pasaran Malaysia kini disahkan secara rasmi. Ia boleh menjadi tambahan baharu untuk peranti di bawah siri Realme 12 yang diumumkan sebelum ini dan dipasarkan dengan fokus terhadap fotografi. Kalau nak diikutkan ini merupakan kali pertama versi Plus ditawarkan untuk siri berkenaan dalam usaha menyediakan lebih pilihan buat pengguna terutamanya golongan belia.

Hal yang menarik mengenai Realme 12+ 5G sudah tentunya kebolehan kamera yang diiklankan mampu menyediakan pengalaman fotografi menarik khususnya apabila digunakan untuk Vlog. Ditambah baik lagi dengan sokongan SuperOIS terbina yang amat berguna untuk hasil video kekal stabil. Diikuti juga sokongan NightEye Engine untuk pengalaman gambar malam lebih memuaskan.

Lebih menariknya lagi apabila peranti kelak turut menampilkan kemasan anggun dan premium yang rapi dengan kerjasama pereka jam tangan mewah antarabangsa iaitu Ollivier Savéo. Butiran mengenai pelancaran rasmi masih misteri namun dijangka boleh dikongsi oleh Realme dalam masa terdekat.
