Kemas lancar kutipan tabung kecemasan mangsa kebakaran

2 Apr 2025 • 11:16 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 2 APRIL: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) melancarkan kutipan tabung kecemasan kepada mangsa kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya semalam.

Kemas menerusi hantaran di Facebook memaklumkan dana tersebut bagi meringankan beban mangsa yang terdiri daripada kakitangan, ahli jawatankuasa dan murid tadika atau taska.

Sumbangan seikhlas hati itu boleh disalur ke akaun bank RHB Badan Kebajikan & Sukan Kemas KL (26602500001389) dengan rujukan ‘sumbangan mangsa kebakaran gas’.

“Semoga segala sumbangan yang dihulurkan dapat membantu keluarga yang terkesan dengan musibah ini.

“Jutaan terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan anda. Semoga Allah melimpahkan rezeki dan keberkatan kepada semua penyumbang.” tulisnya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang terjejas sepenuhnya dalam insiden itu.

Beliau yang melawat lokasi kebakaran dan pusat operasi turut mengumumkan bantuan sebanyak RM2,500 kepada lebih 100 pemilik rumah yang sebahagiannya rosak.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved