[KEMASKINI] Bekas Exco MBM, pelajar praktikal maut terkena renjatan elektrik

13 Sep 2026 • 7:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [KEMASKINI] Bekas Exco MBM, pelajar praktikal maut terkena renjatan elektrik

BESUT – Dua wanita yang maut disyaki akibat terkena renjatan elektrik di sebuah kolam ikan di Kampung Air Tawar, Kuala Besut hari ini dikenal pasti sebagai Wan Adilah Wan Awang, 49, dan Rubayyi Razak, 27.

Wan Adilah yang merupakan pengusaha kolam ikan tersebut merupakan bekas Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), manakala Rubayyi pula difahamkan merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang yang sedang menjalani latihan praktikal.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Rozaime Ab. Rahim berkata, kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan kolam ikan tersebut pada pukul 1.40 tengah hari.

“Mereka disyaki telah terkena renjatan elektrik. Pemeriksaan pegawai perubatan di lokasi kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian juga dilakukan Tenaga Nasional Berhad,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Rozaime berkata, mayat Wan Adilah dan Rubayyi telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut, di sini, untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, punca kematian masih dalam siasatan dan setakat ini kes telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – KOSMO! ONLINE

The post [KEMASKINI] Bekas Exco MBM, pelajar praktikal maut terkena renjatan elektrik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved