Dua maut terkena renjatan elektrik: Polis sahkan mangsa Wan Adilah dan pelajar praktikal

13 Sep 2026 • 7:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua maut terkena renjatan elektrik: Polis sahkan mangsa Wan Adilah dan pelajar praktikal
Wan Adilah Wan Awang merupakan antara mangsa yang maut terkena renjatan elektrik
Image from: Dua maut terkena renjatan elektrik: Polis sahkan mangsa Wan Adilah dan pelajar praktikal
Kakak kepada Allahyarham Wan Adilah, Wan Affida Malina Wan Awang, 51.
Image from: Dua maut terkena renjatan elektrik: Polis sahkan mangsa Wan Adilah dan pelajar praktikal
Wan Muhammad Naim berkata, dia yang terkejut dengan situasi itu cuba mendapatkan bantuan pekerja kolam berdekatan tetapi tidak berani menghampiri isterinya kerana dikhuatiri masih terdapat arus elektrik.
Image from: Dua maut terkena renjatan elektrik: Polis sahkan mangsa Wan Adilah dan pelajar praktikal
Allahyarhamah pelajar praktikal, Rubayyi Razak yang maut bersama pemilik kolam ikan.

BESUT - [DIKEMAS KINI] Dua mangsa yang maut dalam kejadian renjatan elektrik di sebuah kolam ternakan ikan di Kampung Air Tawar, Kuala Besut, di sini pada Ahad merupakan seorang pelajar praktikal, Rubayyi Razak, 27, bersama pemilik kolam ikan, Wan Adilah Wan Awang, 49.

​Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran sebuah paip berdekatan kolam berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua wanita maut terkena renjatan elektrik

Menurut suami kepada Rubayyi, Wan Muhammad Naim Wan Hussin, 28, dia menemukan isterinya bersama majikan terbaring ketika tiba di lokasi untuk menjemput wanita berkenaan pulang berehat.

**media[3646353]**

​"Sepatutnya saya mengambilnya pulang berehat pukul 1 tengah hari dan menghantarnya kembali pada pukul 3 petang kerana keretanya belum diservis.

​"Namun apabila tiba, kelibatnya tiada seperti biasa sebelum saya bertindak mencarinya di sekeliling kawasan kolam dan menemukan mereka terbaring," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Besut.

**media[3646355]**

​Wan Muhammad Naim berkata, dia yang terkejut dengan situasi itu cuba mendapatkan bantuan pekerja kolam berdekatan tetapi tidak berani menghampiri isterinya kerana dikhuatiri masih terdapat arus elektrik.

​Menurutnya, arwah merupakan pelajar Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Biodiversiti di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jengka yang menjalani latihan industri di kolam berkenaan sejak 10 Ogos lalu dan dijangka tamat awal Oktober depan.

**media[3646352]**

​Katanya, pemergian arwah memberi kesan mendalam buat dirinya dan dua anak mereka yang berusia dua tahun serta empat bulan, manakala jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Kamis, Kelantan selepas urusan bedah siasat selesai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaime Ab Rahim berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi.

​"Dua wanita berkenaan maut selepas tidak sedarkan diri dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di kolam ternakan ikan tersebut," katanya

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved