[KEMASKINI] Identiti mangsa dalam Bezza dihempap lori tangki masih belum diketahui

14 Aug 2026 • 9:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [KEMASKINI] Identiti mangsa dalam Bezza dihempap lori tangki masih belum diketahui

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Bezza maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap sebuah lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter minyak petrol dan diesel sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh Triang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pada masa ini polis masih belum dapat mengenal pasti identiti individu terbabit kerana keadaan mangsa yang rentung dan dihempap lori berkenaan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu berlaku ketika lori tangki berkenaan dalam perjalanan dari Seremban menuju ke Temerloh.

“Apabila sampai di lokasi kejadian lori tangki berkenaan dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Pada masa sama sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Bezza bertembung di sisi tangki lori berkenaan dan kejadian melibatkan kebakaran dua kenderaan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Image from: [KEMASKINI] Identiti mangsa dalam Bezza dihempap lori tangki masih belum diketahui
KEADAAN kenderaan yang terlibat dalam kejadian kemalangan dan terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh-Triang di Temerloh hari ini.

Katanya, pemandu lori yang berusia 37 tahun berjaya menyelamatkan diri mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu serta penumpang kereta dipercayai rentung.

Jelasnya, jumlah mangsa dan butiran mangsa di dalam kereta tidak dapat dipastikan lagi kerana keadaan kereta yang remuk dan terbakar.

“Api baru sahaja berjaya dipadamkan, kerana ia mengambil masa dipadamkan kerana melibatkan bahan api petrol dan diesel,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan pemandu lori telah ditahan untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved