[KEMASKINI] Penjenayah maut ditembak selepas cuba lolos

19 Nov 2026 • 10:51 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [KEMASKINI] Penjenayah maut ditembak selepas cuba lolos

IPOH – Seorang lelaki tempatan dipercayai penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Persiaran Lembah Perpaduan, Tambun di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata, kejadian berlaku kira-kira 2.30 pagi selepas anggota yang melakukan rondaan cegah jenayah menahan kenderaan dipandu suspek.

“Suspek bertindak keluar dari kenderaan untuk melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis menyebabkan polis membalas tembakan untuk menyelamatkan diri sehingga tiada ancaman keselamatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata suspek disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan pada 3.40 pagi. Beliau berkata polis menemukan sepucuk pistol berhampiran suspek.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, iaitu cubaan membunuh dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata polis akan mengadakan sidang media berkaitan kes itu pada petang ini. – BERNAMA

The post [KEMASKINI] Penjenayah maut ditembak selepas cuba lolos appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved